
Sulit
5 tahun
Luka tidak sembuh, pedih, bonjolan kecil merah
Sy nk tnya sy ada 1 luka di paha kanan sy blom ada msa nk ke klinik blh x kalau sy dptkn information sdkit brkaitan luka sy kt sni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak jelas dengan soalan anda. Selain itu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Saya sarankan anda menjaga kawasan luka tersebut dengan baik supaya tidak terkena jangkitan. pastikan kawasan tersebut sentisa kering. Anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah luka pada kaki anda itu semakin parah seperti bernanah, kemerahan, gatal dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Berikut merupakan hanya jawapan am bagi soalan yang diajukan.Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.