
Sulit
4 tahun
Lumpuh di sebelah kanan badan kesan dari serangan multiple sklerosis. Saya telah mengambil ubat steroid yg diberikan doctor
22-an,setelah setahun selepas lumpuh, masihkah ada peluang pulih jika baru nk ke fisioterapi? Sekarang beransur pulih kerana telah berbasikalberjalan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, rawatan fisioterapi atau rehabilitasi adalah untuk menguatkan otot yang terlibat. Kedisiplinan dalam menjalani rawatan membantu dalam proses pemulihan. Pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih