
Sulit
5 tahun
Lumpuh sebelah muka
saya wanita berusia 20’an . saya dahulu adalah pesakit bell palsy. saya nak tanya, adakah bell palsy ni boleh datang semula kepada kita? sebab saya rasa macam ada simptom bell palsy ni datang semula kepada saya. terima kasih doct.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit Bell’s palsy ini tidak diketahui akan puncanya. Namun begitu, terdapat perkara-perkara lain yang boleh memberikan gejala kebas atau lumpuh sebelah muka seperti:
- Strok - jika mempunyai faktor risiko seperti darah tinggi dan diabetes
- Kayap
- Bengkak kalenjar parotid (kalenjar air liur dipipi)
- Jangkitan dalam telinga
- Penyakit Guillain-Barre Syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.