
Sulit
4 tahun
Lupa beli perancang dan terlanjur dgn suami
Klau ikut kan hari ini sya mulakan pek baru utk perancang keluarga…sya mengmalkan perancang jenis mercilon…tp sy lupa utk membeli pil tetsebut…sya telah mengadakan hubungan dgn suami…tetapi suami tdk membuang di dlm…klau sya ambil pil postinor2…dpt ker mengcegah dr kehamilan…dn mkn ubat seperti bias

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu melakukan hubungan dengan suami pada waktu yang sama anda tidak ingin mengandung dan terlupa mengambil pil perancang. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall).
Postinor-2 adalah pil perancang kecemasan dan bukannya diambil setiap hari untuk merancang kehamilan. Cara Postinor-2 berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan yang sihat.
Informasi dengan lebih lanjut tentang Postinor-2 boleh didapati di bawah.
- Postinor adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada Postinor berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Walaupun suami puan memancut di luar, masih terdapat risiko untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil pil itu jika ingin merendahkan risiko untuk hamil.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!