
Sulit
5 tahun
Lupa makan pil noriday
saya telah consume noriday 28biji buat kali pertama, dan pada hari ini telah bersama suami tanpa perlindungan dan terlupa untuk makan pil…
dan baru habis period semalam…
adakah kemungkinan untuk mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Memandangkan anda rutin mengambil perancangan keluarga Noriday, terdapat setinggi 80% efek ubat tersebut masih bersirkulasi dalam tubuh anda. Justeru, kemungkinan untuk hamil hanyalah setinggi 20%. Merujuk kepada terlupa makan pil, sebaiknya anda langsung makan sebaik teringat.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.