
malihah_zawawi
5 tahun
Lutut kiri berdenyut
Saya berumur 25tahun. Lutut kiri saya kerap berdenyut apabila saya melakukan aktiviti seperti turun tangga, selesai mengangkat barang, berdiri lama… Tetapi denyut tersebut hilang apabila saya berjalan…dan akan kembali denyut apabila saya duduk diam tidak melakukan apa2 aktiviti. Mengapa ye? Terima kasih Doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lutut ini merupakan sendi yang mencantumkan dua tulang dan terdapatnya cecair sendi dalamnya. Cecair ini menjadi sebagai pelincir supaya kedua-dua tulang ini tidak bergesek dengan satu sama lain.
Bagi individu yang selalu melakukan aktiviti yang memerlukan sendi lutut, cecair ini mungkin akan menjadi lebih sikit dan gesekan tulang akan bertambah. Denyutan atau sakit ini mungkinlah disebabkan oleh gesekan ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.