
Sulit
5 tahun
Maaf, tapi saya mohon penjelasan
Saya nak tanya 1 soalan lagi boleh?Tpi soalan ni tak ada kaitan dengan covid19
Ayah saya dh beberapa hari demam dan tdi ayh dah pergi klinik, doktor kata ada masalah paru-paru berair. Di sebabkan Ayah saya pergi seorang diri ke klinik so saya tak tahu apa yang sebenarnya doktor tu kata ke ayah saya… means macam penjelasan berkaitan penyakit tu la…
Apa yang perlu dilakukan kalau ayah saya telah disahkan terkena paru-paru berair? And apakah cara-cara untuk mengatasi dan mencegah penyakit tu? Dan apa punca sebenar penyakit itu?..
Mohon penjelasan atau pendapat boleh…
sorry saya banyak tanya and lari dari topic asal…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rawatan paru-paru berair yang boleh untuk dilakukan adalah seperti berikut:
- Oksigen melalui topeng muka
- Ubat untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan melalui saluran kencing. contohnya ubat furosemide.
- Ubat tahan sakit untuk mengurangkan sesak nafas dan sakit dada
- Ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah terlalu tinggi
Sebetulnya paru-paru berair adalah masalah kesihatan yang serius. Seandainya keluarga anda mendapatkan diagnosis paru-paru berair, sebaiknya segera mendapatkan rawatan di hospital kerana dikhuatiri membahayakan nyawa.
Rawatan yang telah dinyatakan pula bergantung kepada punca paru-paru berair.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.