
Anonymous
5 tahun
Macam ada benda di bagian tenggorokan
saya rasa kalau makan macam sangkut di bagian tenggorokan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala seperti ada makanan yang tersangkut pada tekak boleh disebabkan seperti:
- Tonsillitis - radang tonsil
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak (“stricture”)
- ‘Beg’ farinks (Pharyngeal pouch)
- Ketumbuhan dalam tekak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.