
thexordeum
4 tahun
Macam susah bernafas
Hai, Dr. Saya nak tanya, rabu yg lepas 11/3 saya tiba-tiba demam panas dalam kelas. Sebab saya berjalan rushing pergi kelas pagi tu naik turun bukit lepastu naik tangga tingkat 2 dalam masa 10 minit je saya berjalan untuk jarak
Tapi petang tu lepas saya makan pcm, suhu surut saya tak rasa demam dah. Tapi sejak dari tu saya rasa sesak nafas macam susah nak bernafas? Saya tak pernah alami sesak nafas sebelum ni. Tapi sejak dari tu dada rasa tegang, restrained (betul ke penggunaan perkataan ni).
Sampai hari ni saya masih rasa macam tak sedap bila bernafas, macam susah. Kalau gerak lebih sikit rasa macam urat di dada tertarik. Angkat barang berat pun akan rasa macam tu dan juga akan bertambah lagi rasa susah tak cukup nafas. Kalau saya baring mengiring, dada rasa sakit dan macam tak cukup nafas juga. Bila bernafas, macam tak cukup udara di saluran pernafasan.
Tapi saya tak demam mahupun sakit tekak/batuk. Cuma tekak mula rasa kering sikit hari ni, macam tekak gatal nak batuk. Pening ada juga kalau lepas baring lama, bangun akan rasa pening (saya kerap migraine).
Boleh saya tahu sama ada simptom ni bahaya ke tidak? Sebab rasa kurang nafas macam dah 7 hari dari hari yang saya tiba-tiba demam. Terima kasih, Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.