Sulit
4 tahun
Mahu mengandung semula slps ikat peranakan
Saya berumur 44 thn, sudah mengikat peranakan semasa bersama bekas suami sejak 8 tahun lalu…tapi ingin mengandung semula dgn suami kedua saya. Bagaimanakah caranya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Umumnya kenyataananda berkait ikat pernakan tidak begitu jelas, walau bagaimanapun, sekiranya yang dimaksudkan itu adalah BTL atau Bilateral Tube Ligation, ia merupakan suatu kaedah rawatan perubatan yang permanen (kekal). Justeru itu adalah lebih baik anda dan pasangan betul-betul memahami kondisi, risiko dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan reproduktif anda saat ini. Anda juga disarankan berkonsultasi dengan doktor bagi mendapatkan informasi yang lebih jelas berkenaan kaedah perancangan keluarga yang terbaik mulai saat ini…
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.



































