
Adli
6 tahun
Mahu ubat pedih ulu hati
Nak ubat pedih ulu hati

6 tahun
Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Walaubagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami anda berkala dan hanya melibatkan gejala seperti kembung perut, rasa loya, rasa masam di dalam mulut dan perut yang tidak selesa, anda berkemungkinan untuk hanya mendapat penyakit refluks atau GERD.
Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat seperti omeprazole boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain itu, satu lagi jenis ubat yang boleh diberi adalah anti-histamin. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Pedih ulu hati ialah suatu gejala yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Sekiranya ia terjadi sekali-kala anda tidak perlu risau. Jika pedih ulu hati berlaku dengan kerap ia dinamakan gastroesophageal reflux disease (GERD). Antara simptom pedih ulu hati ialah:
• Rasa sakit di bawah tulang dadah yang digambarkan seperti terbakar. Selalunya ia berlaku selepas makan banyak
• Sakit dada selepas tunduk, baring dan selepas makan
• Rasa terbakar, kepanasan atau cecair panas masam masin di belakang tekak
• Sendawa
• Batuk teruk
• Suara menjadi serak
• Pernafasan berbunyi seperti serangan asma
Untuk menjawab soalan anda, kebanyakan orang boleh mengawal pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Anda perlu mengamalkan cara pemakanan dengan mengambil makanan yang sedikit dan dengan lebih kerap. Anda patut makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elak daripada terus menelan. Jangan makan ketika berasa bimbang, cemas atau kecewa. Anda haruslah berhenti merokok kerana ia akan memudaratkan kondisi anda.
Anda bolehlah mendapatkan ubat daripada farmasi seperti antacid atau bismuth subsalicylate untuk mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut. Anda juga boleh mengambil metaclopromide untuk mengosongkan perut dengan segera. Jika anda mengalami simptom dengan lebih kerap, anda haruslah berjumpa dengan doktor.