Anonymous
6 tahun
Makan duphaston boleh jadi upt negatif?
doktor saya 30an…minggu lepas saya cek upt positif sgt terang…kelmarin sy keluar darah sedikit…jumpe doktor dibekalkan duphaston…makan sehari 3x …bile darah berenti makan sehari 2x…after makan cek upt negatif…kenapa ye doctor?saya hamil atau tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, duphaston adalah sejenis ubat yang biasanya diberikan kepada wanita mengandung yang mungkin berisiko untuk keguguran, telah mengalami keguguran berulang, atau masalah kewanitaan yang lain seperti masalah haid.
Untuk mengetahui status kandungan atau kehamilan anda, saya sarankan agar anda merujuk kepada doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan perkara ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































