
Sulit
4 tahun
Makan escapelle selepas berhubungan seks
Saya wanita 21 tahun . saya telah melakukan hubungan seks dgn pasangan pada 8/3 tidak sampai 24 jam saya makan pil escapelle . 7/4 saya mula rasa mual2 kemudian muntah dengan kerap . Saya membeli upt di farmasi kemudian result satu line pekat satu lagi sangat pudar . adakah saya mengandung walaupun sudah makan pil escapelle selepas bersama pasangan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa ubat ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Escapelle, ia akan menggangu kitaran haid.
Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Memandangkan anda telah mengkonsumsi pil pertama dalam waktu kurang 24 jam, maka efek protektif ubat terhadap kehamilan masih berfungsi. Namun, peluang untuk hamil tetap ada walaupun tipis.
Untuk dapatakan kepastian, anda boleh lakukan ujian kehamilan di klinik berdekatan agar keputusan yang diperoleh lebih tepat.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.