trisha

5 tahun

Makan herba untuk rawat darah tinggi

Takde ke cara lain untuk turunkan darah tinggi ni doktor? Saya dah cuba macam-macam ubat tapi masih tinggi. Asyik kena marah bila pergi check up. Patut ke saya makan ubat herba ke

Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.

Ubat darah tinggi anda mungkin tidak berkesan kerana cara pengambilan ubat anda tidak betul. Kadang-kadang anda mungkin keliru kerana banyak ubat yang perlu diambil. Mungkin dos ubat anda tidak betul. Ubat seperti ubat antiradang bukan steroid, pil pencegah kehamilan dan dekongestan hidung juga boleh menyebabkan ubat darah tinggi tidak berkesan. Masalah seperti pemakanan yang tidak sihat (pengambilan lemak tepu, lemak trans dan garam secara berlebihan), kekurangan aktiviti fizikal, obesiti, merokok dan stres masih menyumbang kepada darah tinggi jika tidak dihentikan. Darah tinggi juga tidak dapat dikawal jika anda mempunyai penyakit lain yang boleh mempengaruhi tekanan darah seperti penyakit buah pinggang, penyakit saluran darah dan penyakit sistem endokrin.

Selain itu, anda berkemungkinan mempenyai masalah hipertensi resisten. Anda mempunyai hipertensi resisten jika:

  • Anda mengambil 3 jenis ubat darah tinggi dengan dos paling tinggi
  • Salah satu ubat darah tinggi adalah ubat diuretik
  • Tekanan darah adalah lebih tinggi daripada yang sasaran anda
  • Anda memerlukan empat atau lebuh jenis ubat darah tinggi

Doktor akan mengemukakan bebeberapa soalan dan melakukan ujian- ujian seperti sejarah perubatan, pemeriksaan tekanan darah secara berkala, ujian darah untuk memastikan sama ada anda mempunyai penyakit lain dan ujian urin strip. Rawatan untuk menangani masalah ini adalah:

  • Pastikan anda makan ubat darah tinggi dengan betul.
  • Gunakan ubat darah tinggi lain ataupun dos yang lebih tinggi
  • Merawat penyakit yang menyebabkan tekanan darah tinggi
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat:
    – Makan secara sihat – Tingkatkan pengambilan serat, kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans dan garam.
    – Lakukan aktiviti fizikal secara berkala
    – Mengekalkan berat badan ideal
    – Tidak merokok
    – Kurangkan minuman beralkohol
    – Tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup

Sila rujuk kepada doktor anda tentang masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal ini dan bincang tentang langkah seterusnya. Elakkan mengambil ubat herba tanpa merujuk kepada doktor kerana terdapat kemungkinan herba tersebut boleh menyebabkan masalah lain kepada anda. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)