
Sulit
4 tahun
Makan makanan seperti laksa yang mengandungi santan dan sedikit pedas boleh menyebabkan gangguang pundi kencing?
Saya remaja berumur 18 tahun…saya mengalami masalah kencing kotor dan sudah mendapatkan ubat dari doktor pada ahad lalu… Namun pagi tadi saya membuang air kecil tanpa rasa sakit tidak seperti hari sebelumnya… Kemudian menjelang petang saya berasa ingin kencing dan rasa sakit yang teramat ketika kencing setelah pengambilan makanan yang mengandungi santan dan pedas… Adakah pemakanan menjadi faktor kepada gangguan pundi kencing ketika kencing kotor? Apa yang patut saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah kencing kotor, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor semula supaya pemeriksaan susulan dapat dilakukan dan rawatan lanjut dapat diberikan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan yang pedas atau berlemak tidak akan menyebabkan kencing kotor.
Sila berjumpa dengan doktor segera jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Kerap dan sakit ketika membuang air kecil
- Air kencing bercampur nanah dan/atau darah
- Kencing yang tidak lawas
- Sakit perut atau ari-ari
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.