Sulit
2 tahun
Makan panadol ketika haid
Assalamualaikum doktor… sya seorang remaja perempuan berusia 18 tahun… saya berasa lenguh” badan serta pening kepala seakan hendak demam… jadi saya ingin makan panadol tapi saya risau kerana saya sekarang dalam keadaan haid baru hari kedua… saya berasa risau kerana ada yang mengatakan bahawa makan panadol ketika haid ini akan membuat haid kita terhenti. adakah benar doktor? terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga saat ini, tidak ada kajian yang mengatakan bahawa pengambilan ubat paracetamol semasa haid akan mengakibatkan haid anda terhenti. Anda bebas untuk mengambil ubat tersebut jika anda berasa pening kepala dan hendak demam.
Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.