
dygnizam90
5 tahun
Makan perancang tapi tiada haid dah tak mengandung
Saya wanita umur 29…saya makan perancang…tapi semenjak bulan lalu haid saya lambat dah haid sekejap Aje…
Bulan ini pulak tiada haid sudah lambat 2 minggu tapi tak hamil Sebb saya sudah test hamil…
Jadi doktor adakah perlu sambung makan ubat perancang???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, gangguan kitaran haid atau tiada haid merupakan kesan sampingan biasa yang dihidapi oleh para wanita. Sesetengah wanita tidak mempunyai masalah dengan tiada kedatangan haid selepas pengambilan pil perancang tetapi bagi yang tidak biasa, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mengubah kaedah kontraseptif.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.