
Sulit
4 tahun
Makan pil perancang adakah akan menjadi lambat period?
Saye makan pil perancang…tetapi boleh kah terjadinya lambat period?sebab sye blum period lagi selepas tarikh yg sepatutnye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis cara untuk merancang kehamilan, antaranya adalah dengan menggunakan pil perancang. Antara pil perancang yang biasa digunakan adalah :
- pil gabungan estrogen dan progesteron (COCP)
- pil progesteron sahaja setiap pil tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbeza.
Antara kesan sampingan pil gabungan estrogen dan progesteron adalah :
- pendarahan diantara kitaran haid
- naik berat badan
- perubahan emosi
- kesakitan payudara
- pening kepala
- loya
Antara kesan sampingan pil progesteron sahaja pula adalah :
- sakit dada
- demam
- batuk dan suara serak
- masalah saluran kencing
Melihat kepada kesan sampingan setiap pil tersebut, kemandulan bukanlah salah satu kesan sampingan daripada memakan pil perancang. Namun, kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor anda sebelum memulakan pengambilan pil perancang. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah ini. Terima kasih.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik