
Anonymous
5 tahun
Makan pil perancang masa tak haid
Boleh kah makan pil perancang ketika tidak haid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, jika anda memulakan pil perancang kombinasi pada masa bukan haid, anda perlu mengambil pil selama 7 hari sebelum anda dilindungi dari kehamilan.
Anda disarankan untuk menggunakan kaedah perlindungan yang lain seperti kondom jika anda akan bersama dalam 7 hari pertama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.