
Sulit
5 tahun
Makan pil perancang tapi tidak datang period
Saya wanita berumur 28 tahun, sebelum nie saya makan pil perancang dan period saya sangat teratur… Tp 2 bulan Belakangan nie saya tidak datang bulan seperti bulan2 yg lepas. Dan saya tidak mengandung… lagi satu soalan saya… Kalo Time cuti makan pil tu (selepas 21hari makan)(ada 7 hari tuk cuti dari makan pil) Kalo bersama suami Time cuti tu ada kemungkinan bole mengandung ke? Saya keliru bahagian tu… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda perlu mengambil pil tersebut sehingga habis 21 pil. Haid anda akan datang selepas anda menghabiskan pek tersebut. Rutin pil perancang ini ialah 21 pil yang perlu diambil pada setiap hari dan waktu yang sama sehingga habis kemudian berehat selama 7 hari. Haid akan datang dalam tempoh berehat dan selepas 7 hari anda harus mengambil pek baru pil perancang jika anda ingin terus merancang kehamilan. Dalam tempoh 7 hari ini, sekiranya anda berhubungan kemungkinan untuk hamil adalah rendah dikeranakan efek protektif pil perancang masih ada.
Walaubagaimanapun, ubat ini boleh memberi kesan sampingan seperti mengganggu kitaran haid anda. Jangan terkejut jika haid anda lewat kerana ubat ini mengandungi hormon yang akan mempengaruhi kitaran haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.