
Anonymous
5 tahun
Makan pill 4 biji sehari gara2 terlimpas tarikh mula
Hello doc,disini ingin tanya… jikalau saya tersalah@tersilap mngambil pill perancang yg tidak mengikutti tarik(mula dari bwa bukan dari start)danterlimpas tarikh (lupa)dan bila diingat terus makan 2 pill bawa dan 2 pill dari mula start… apa kesan klau dalam satu hari terambil 4 pill sekaligus

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda termakan lebih pil daripada apa yang telah dicadangkan, terdapat bahaya terlebih dos dan ini boleh menyebabkan gejala seperti muntah, cirt-birit, sakit kepala dan ketidak-stabilan hormon didalam badan. Hal ini juga mungkin akan mengganggu kitaran haid anda untuk seterusnya. Sekiranya anda menghidapi gejala-gejala seperti diatas ataupun berasa tidak sihat, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera. Sekian.