
Sulit
4 tahun
Makan postinor dan keluar darah seperti haid
saya ada makan postinor seperti yang disarankan dan 5 hari selepas itu darah keluar selama 5 hari. adakah itu darah period sedangkan period saya baru sahaja datang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid pasangan anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan. Pil ini harus diambil dua kali dimana pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Namun, sekiranya haid anda lewat melebihi 14 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lwbih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.