
Sulit
5 tahun
Makan postinor selepas keguguran
saya berusia 27… baru keguguran 6/7 kandungan 7week… darah turun selama 2 minggu…darah turun byk sgt… hbs sj darah… slps itu sy demam seminggu jgk baru baik… 25/7 sy ad bersme suami… sy takut hamil masa trdekat sy amk postinor dlm masa 24jam… 2 mggu lps tu sy turun darah smula… byk… bau nya sme spt dara haid… warna kdng2 hitam tp sllnya merah mcm darah baru… dan sll sakit di bahagian ari2 rasa mcm segugut… kaki kiri kanan jd lenguh… adakah itu normal atau sebaliknya doc?? terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih