
Sulit
4 tahun
Makan saja sudah kenyang
saya tak tahu kenapa saya selalu makan sikit je sudah kenyang. saya tak ada apa apa tapi benda ini berterusan sampai hari ini. saya takut kalau ada penyakit sebab itu lah saya tanya pendapat doktor.
Harap dapat balas dengan segera!!!

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, perut merupakan organ badan yang boleh mengembang dan mengecut. Jika anda telah diet dalam beberapa tempoh, perut anda akan mengecil sehinggakan hanya sedikit makanan sekali pun anda cepat kenyang. Kami tidak boleh untuk mengulas lanjut berkenaan dengan isu ini kerana tidak mengetahui lanjut berkenaan dengan kuantiti makanan anda. Masalah ini boleh juga berpunca daripada:
- ketumbuhan dalam perut
- masalah psikologi
- masalah saraf pada perut
Bagi info lanjut, Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.