
Sulit
4 tahun
Makan sarang burung ketika mengamalkan perancang
Assalamualaikum, sy seorang ibu yg brusia 33thun, sekarang sya makan pil perancang oralcon, bolehkah sy minum sarang burung kinohimitsu dgn campuran ginseng america n rock sugar, adakah menjejaskan kesan pil perancang tersebut? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berkenaan persoalan anda, kami tidak pasti sama ada produk tersebut selamat digunakan ataupun tidak kerana maklumat lanjut mengenai status kesihatan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut. Sehingga kini tiada kajian yang menyatakan keberkesanan dalam penggunaan makanan tambahan yang dinyatakan oleh anda bersama dengan pil perancang. Oleh itu anda digalakkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.