Sulit
5 tahun
Makan ubat dan bersana
saya ingin bertanya semasa saya mengambil ubat rigevidon adakah boleh bersama dengan suami atau berehat sampai habis ubat yang dimakan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kekeliruan yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Untuk makluman anda, anda boleh mula mengambil Rigevidon pada hari pertama haid anda (hari pertama pendarahan) iaitu hari pertama kitaran haid anda. Ikuti arahan pengambilan tablet pada bungkusan dan ambil satu tablet setiap hari.
Sekiranya anda mengambil rigevidon pada hari ke-2 hingga ke-5 pada kitaran haid anda, anda disarankan untuk mengelakkan berhubungan intim ataupun menggunakan kondom sebagai kontrasepsi tambahan bagi 7 hari pertama pengambilan rigevidon, Hal ini berlaku untuk bungkusan yang pertama. Setelah tempoh tersebut, anda selamat untuk berhubungan intim. Tambahan, anda tidak perlu untuk menggunakan kontrasepsi tambahan semasa tempoh 7 hari berhenti minum pil setelah 21 hari rutin mengambil pil rigevidon dengan disiplin.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































