
Sulit
4 tahun
Makan ubat fungazol antifungal sebelum mengandung.adakah memberi kesan sampingan pada bayi dalam kandungan?
Saya seorang ibu mengandung 12 minggu. Pada bulan march tahun ini,saya ada makan ubat fungazol antifungal yang dibeli di farmasi…dan bulan jun adalah tarikh akhir saya datang period.saya buat checkup di klinik kesihatan dan saya mengandung.sekarang kandungan saya mencecah 12 minggu.soalan saya,adakah kmemberi kesan apa2 kepada bayi saya sebab saya makan ubat tersebut.kawan saya ada cakap dengan saya bahawa ubat ini tidah boleh makan 6bulan sebelum merancang untuk hamil.ia boleh membuatkan bayi yang dikandung cacat.adakah itu benar?fungazol antifungal sebab saya ada panau yang agak tsruk.saya makan 10biji untuk 10hari.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan diajukan
Secara amnya, ubat ini adalah selamat untuk diambil ketika hamil.
Walaubagaimanapun, terdapat kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat ini. Sila lihat senarai di bawah:
Loya
Sakit perut
Muntah
Kegatalan
Alahan
Ruam
Demam
Sakit kepala
Kekurangan hormon adrenal
Kegagalan hati
Walaupun beberapa simptom biasa terjadi, terdapat simptom yang lebih jarang berlaku.Jika anda mengalami sebarang simptom (samada disenaraikan di atas atau tidak), sila bercakap dengan doktor dengan segera. Anda juga perlu merujuk nasihat doktor jika mengalami pengaburan penglihatan atau ruam kulit. Senarai di atas mungkin tidak lengkap dan sila maklumkan jika anda mengalami simptom lain. Simptom-simptom ini lebih terserlah jika ubat diguna secara berpanjangan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Keberkesanan dan kesan sampingan ubat-ubatan mungkin berbeza dari seorang pengguna dengan pengguna yang lain. Kami tidak menyarankan pengguna untuk membuat diagnosis atau rawatan sendiri. Pesakit haruslah sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi bertauliah sebelum mengambil atau menggunakan sebarang ubat-ubatan. Perkhidmatan kami hanya bertujuan untuk menyokong dinamik antara doktor dan pesakit bukan menggantikannya.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.
Terima kasih.