
nurliyana_mansor
5 tahun
Makan ubat, then muntahkan balik
Hai, anak saya brumur 8 bulan… sekrg ni ank sya demam dalam suhu 38.9 . bila saya beri ubat, anak saya akn muntahkan balik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya bayi muntah 5-10 minit selepas anda memberi ubat , anda boleh berikan satu dos lagi. Hal ini kerana ubat ini belum diserap ke dalam saluran darahnya. Namun, sekiranya bayi muntah lagi, elakkan memberi dos tambahan lagi. Anda boleh ke doktor untuk memberi ubat dengan cara yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.