
Sulit
4 tahun
Makan Vitamin C 1000mg tanpa konsultasi doktor
Hi, saya wanita berumur 31 tahun. Semakin meningkat umur, semakin kerap saya mudah dapat penyakit. Kawan saya mengesyorkan makan Vitamin C BIO C Blackmore’s 1000m. Saya belum lagi mengambil suplimen tersebut kerana risau makan tanpa perskripsi doktor. Adakah boleh saya mengkonsum vitamin tersebut dan adakah side effects yang akan ada bila saya konsum vitamin tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini cuma merupakan suplemen kepada makanan harian anda. Anda boleh mengambil vitamin C tanpa konsultasi doktor. Anda cuma perlu membaca dos yang disarankan untuk dimakan. Sekiranya anda mengambil ubat kronik, anda perlu periksa dengan doktor anda berkaitan interaksi Vitamin C dengan ubat anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.