Sulit
4 tahun
Makanan tambahan untuk mempercepatkan proses penyembuhan bagi pemotongan tapak kaki
Apakah makanan tambahan atau suppplement yang sesuai untuk ibu saya yang telah menjalani pemotongan tapak kaki akibat kencing manis bagi mempercepatkan penyembuhan luka tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, saya tidak dapat mencadangkan makanan atau ubat tambahan selain dari yang diberikan oleh pihak hospital.
Namun begitu, saya amat menyarankan untuk ibu anda mengamalkan
Makanan yang seimbang bagi mengawal tahap gula beliau. Tahap gula yang tidak terkawal akan melambatkan proses penyembuhan dan malah boleh meybabkan masalah semakin parah.
Pastikan kawasan luka sentiasa kering
Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, pastikan
- Kaki sentiasa diperiksa. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki dan celah-celah jari. Sebarang luka walaupun kecil harus diambil berat dan dirawat dengan segera.
*Guna kasut yang betutup dan sesuai
- Pastikan kaki lembap (bukannya basah) dengan menggunakan moisturizer
- Kawal tahap gula dalam darah
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.