
nsalma_isa
5 tahun
Makanan untuk Hypertiroid
Saya Mengalami masalah hypertiroid…saya perlukan jenis2 makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti garam iodin, ikan dan kerang, rumpai laut, makanan atau minuman tenusu, telur kuning. Minuman yang mengandungi kaffein akan menerukkan masalah hipertiroid anda. Anda disarankan untuk makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.