
prinklin96
4 tahun
Makanan untuk orang kencing manis
doktor, saya ada dengar org ckp pokok misai kucing klu kita rebus
daun dan minum, boleh rawat diabetes, betul ke tak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda. Saya akan cuba bantu anda untuk memahami rawatan yang ada untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Terlebih dahulu, untuk makluman anda pokok misai kucing di kira sebagai herba yang mempunyai antioksida yang tinggi. Ia mempunyai khasiat tersendiri namun bukan merupakan rawatan utama dalam merawat penyakit diabetes. Anda boleh minum atau makan herba yang tidak membahayakan kesihatan tetapi harus diingatkan bahawa herba hanyalah makanan tambahan, rawatan utama untuk penyakit diabetis sehingga kini hanyalah melalui beberapa cara.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal
Berikut merupakan antara rawatan bagi penyakit kencing manis :
Mengubah gaya hidup : pesakit digalakkan untuk mengurangkan berat badan, melakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit sehari dan tiga hari seminggu, makan makanan yang lebih berkhasiat termasuklah sayuran, buah buahan dan makanan rendah gula dan karbohidrat.
Metformin : merupakan ubat utama yang diberikan setelah pesakit disahkan menghidap diabetes. Ubat ini akan mengurangkan penghasilan gula dalam hati dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan
Sulfonylurea : ubat ini digunakan untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan manusia. * Thiazolidinediones : meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
DPP4-Inhibitor : mengurangkan kadar gula dalam darah.
Insulin : injeksi insulin untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan.
Penyakit kencing manis memerlukan rawatan yang spesifik untuk setiap pesakit dan memerlukan pengawasan daripada doktor. Anda boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi dengan Pakar. Terima kasih.