
Sulit
4 tahun
Makanan yang seimbang
Saya lelaki berumur 16 tahun…berat badan saya mencecah 70 kg…doc boleh berikan penerangan dan nasihat untuk diet… Dan juga cadangan pemakanan seimbang

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk mendapatkan diet yang berkesan untuk anda, anda perlu mengira BMI (body mass index) anda iaitu pengiraan untuk menentukan jika anda kurang berat badan, normal ataupun obesiti.
Selepas mendapat keputusan BMI anda, anda boleh merujuk makanan seimbang daripada piramid makanan. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti kek, pastri, krim, mentega dan daging yang berlemak. Melalui piramid makanan anda akan mendapat diet pemakanan yang seimbang.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.