
Sulit
4 tahun
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesait paru2 berair dan jantung bengkak
Mak saya pesakit paru2 berair dan jantung bengkak. Kaki sentiasa keluar air. Dalam pemerhatian saya apabila dia salah makan pasti dia diserang demam dan menggigil. Baru2 ni beliau pernah masuk hospital kerana jangkitan kuman dalam air kencing. Saya nak tanya doktor apakah pemakanan mempengaruhi sakit beliau?apakah makanan yg tidak boleh dimakan oleh pesakit seperti beliau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Secara amnya, tidak ada pantang makanan untuk individu yang mempunyai masalah seperti ibu anda melainkan beliau mempunyai apa-apa alahan makanan yang diketahui. Maka disarankan untuk dia mengelakkan makan tersebut. Akan tetapi, bukan atas alasan ia akan memeberi kesan kepada penyakit beliau tetapi kerana ia boleh menimbulkan masalah lain untuk ibu anda.
Namun begitu, ibu anda mungkin harus mengurangkan pengambilan air beliau untuk mengelakkan kaki kembang atau paru-paru basah (pulmonary oedema).
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.