Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Malam dok saya sakit, nyeri perut tak sembuh sembuh

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 29, 2020 3:30 PM
ffosuynahjan 2 bulan

Dok adakah penyakit saraf seperti neuropati periferi dan neuropati dapat memberikan kesan kepada lambung. Adakah saraf main peranan dlm lambung dan usus. Adakah saraf memainkan peranan dalam pengeluaran asid dlm lambung sehingga terjadi ulser.sbb saya dah lama nyeri perut mohon penjelasan terima kasih dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Untuk makluman pihak anda, saraf ada memainkan peranan dalam penghasilan asid kerana secara amnya, saraf adalah seperti jalan yang digunakan oleh anggota badan untuk berhubung antara satu sama lain. Asid di dalam perut dihasilakan oleh sel parietal yang terdapat pada dinding perut. Terdapat beberapa cara dalam penghasilan asid ini.

  • Acetylcholine (ACh) yang dilepaskan dari saraf vagus

  • Hormon gastrin yang dirembeskan dari sel G di dalam perut. Sel G ini diaktifkan oleh saraf vagus

  • Sel seperti enterokromafin di dalam perut yang mengeluarkan histamin yang akan melekat pada reseptor H2 di sel parietal

Manakala untuk masalah neuropati pereferi, ianya adalah kerosakan saraf yang berada luar dari otak atau saraf tunjang. Sekiranya saraf ini rosak, ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Bergatung dengan saraf apa yang rosak, ianya akan memnyebabkan gejala yang berbeza.

Untuk masalah neuropati pereferi yang berkaitan dengan sistem pencernaan, ianya boleh berlaku apabila kerosakan saraf autonomi terjadi. Gastroparesis adalah bentuk neuropati periferi diabetes di mana perut mengambil masa terlalu lama untuk dikosongkan disebabkan saraf yang tidak berfungsi. Hal ini boleh menyebabkan gejala seperti mengakibatkan pedih ulu hati, mual, muntah, makanan yang tidak dicerna, cepat kenyang, penurunan berat badan, kembung perut, kadar gula darah yang tidak menentu, kekurangan selera makan, dan kekejangan perut. Akan tetapi, tiada kaitan secara langsung antara masalah neuropati periferi yang menyebabkan ulser.

Selain itu, untuk makluman anda juga, diagnosis ulser perut hanya boleh dibuat dengan yakin setelah pemeriksaan endoskopi ke dalam perut dilakukan. Doktor harus melihat sendiri keadaan ulser yang berlaku di dalam perut anda sebelum diagnosis ulser boleh di buat. Ianya tidak hanya bergantung degan gejala sakit perut.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

bloating-gty-er-181127_hpMain_16x9_992

Dikemaskini pada: Wed Jul 29 2020 15:30:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15