
Anonymous
5 tahun
Mampu ke pecahkan dara
Saya mempunyai zakar yang pendek sekitar 3inci - 4 inci ketika tegang mungkin kerana kegemukan. Saya bakal berkahwin, adakah saya mampu pecahkan dara isteri?sedalam mana lapisan dara ?dan sekiranya sy berjaya kuruskan badan adakah zakar saya akan panjang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ‘pecah dara’ adalah suatu fenomena yang dipegang oleh mereka berpemikiran primitif. Ia bukan suatu kebangga atau pencapaian dalam hubungan atau kayu ukur sama ada gadis tersebut seorang dara atau sebaliknya.
Selaput ini boleh terkoyak dengan aktiviti lasak seperti bersukan sewaktu di bangku sekolah. Ia adalah luka akibat koyakan seperti kulit anda terkoyak akibat kecederaan. Hubungan kelamin lebih tertumpu kepada kualiti dan kepuasan kedua-dua individu iaitu suami dan isteri.
Saiz zakar pula berhenti bertambah sekita umur 18 tahun. Usaha menurunkan berat badan tidak memberi kesan langsung kepada saiz zakar tetapi membantu dalam meningkatkan kesuburan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.