
Sulit
4 tahun
Mantoux test dan x-ray
Saya ada pergi klinik kesihatan daerah dan telah menjalani mantoux test.lepas 2 hari tempat injection tu ada bonjolan dan bacaan ukuranya adalah 13mm.Ujian kahak adalah negative.ujian x-ray pula peparu menunjukkan ada bulatan tapi doktor cakap dan kemungkinan TB dan perlu tunggu report x-ray dari doktor pakar sebenar.untuk ujian x-ray,saya pergi klinik kesihatan pada 13/4/20 lepas tu doktor suruh datang 24/8/20.lama sangat laporan x-ray.walaupun ujian dan reading mantoux sudah ambil tapi tak kan la nak tunggu ada simpton teruk baru nak datang klinik kesihatan.apa pandangan doktor tentang mantoux reading saya dan x-ray saya tu.kemungkin TB?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan anda, mantoux test yang positif tidak sentiasa menunjukkan anda mempunyai Tibi. Hal ini kerana, jika anda pernah menerima suntikan BCG juga akan menyebabkannya positif. Selain itu, bagi Xray, saya perlu melihat sendiri imbasan tersebut untuk memberi kata putus. Maka, buat masa ini masih belum boleh diulas.
Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi yang selanjutnya untuk masalah ini, sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih