Sulit
3 tahun
Masa makan pil Darah Tinggi
doctor boleh tak saya ubah masa makan pil darah tinggi pada masa sebelum tidur?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak terdapat sebarang garis panduan mengenai kesesuaian waktu pengambilan ubat tekanan darah.
Walau bagaimanapun, waktu pengambilan ubat pada waktu pagi adalah cadangan paling biasa diberikan doktor. Ini kerana ia dianggap dapat membantu mengurangkan tahap tekanan darah.
Namun hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pesakit yang mengambil ubat tekanan darah pada waktu tidur secara rutin, berbanding mereka memilih memakan ubat pada waktu pagi, mempunyai tekanan darah yang lebih baik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.