
maisarahmarzuki07
2 tahun
Masa pregnant boleh makan yee mee ke
Hi doktor. Sy ingin bertanya, masa pregnant boleh makan sizzling yee mee ke? And ape makanan yang tak dibenarkan untuk ibu mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman, tiada masalah untuk makan yee mee ketika mengandung. Tetapi tidak digalakkan terlalu kerap kerana biasanya ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Makanan yang tidak digalakkan pengambilannya ketika hamil adalah:
- Minuman berkafien
- Minuman beralkohol
- Minuman bergas
- Terlalu banyak makanan manis, masin dan berlemak
Perbanyakkan pengambilan protien dan fiber seperti buah buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.