shimaakmaasukri
6 tahun
Masa sesuai untuk bersama dan pregnant
Saya pernah mengalami keguguran masa kandungan 8w tanpa buat d&c then selepas first period, saya dapat rezeki pregnant lagi, tapi saya terpaksa TOP masa 23w induce + normal tanpa jahitan. Bila masa yg sesuai utk kami rancang pregnant lagi? HAri ni 36 hari pantang selepas TOP. Apakah kesan jika selepas suci dari nifas dan haid terus bersama suami tanpa menunggu sehingga 100 hari? Atau sy kena ambil masa untuk mengandung lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































