
ynapetina89
5 tahun
Masa sesuai untuk pengambilan perancang
Sya berumur 30an, pada 24/8/19 saya telah buat d&c. So saya nak tanya bila masa sesuai utk saya ambil perancang depo? Kena tnggu haid dtg ke??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan kaedah perancangan keluarga jenis suntikan boleh diambil selepas 7 hari prosedur D&C. Namun begitu, pengambilan kaedah ini memerlukan anda berbincang dengan doktor anda untuk melihat jika terdapat halangan dari sudut kesihatan ataupun tidak. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai kaedah lain perancangan keluarga. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.