
Sulit
4 tahun
Masa utk mengandung selepas ectopic
Hi doctor saya menjalani pembedahan ectopic pada Sept 2019 dan masih skrg saya masih mencuba utk mengandung lagi, adakah saya tetap boleh hamil? Ataupun masa yg diambil utk pulih mmg agak lama utk saya hamil lagi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pada dasarnya bagi menilai kemampuan anda untuk hamil, kami perlu tahu sejarah pembedahan yang telah dilaksanakan dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa.Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor yang telah merawat anda tempoh hari atau berjumpa doktor secara langsung agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Umumnya terdapat pembedahan ektopik yang menyebabkan pasangan tidak lagi boleh mendapat zuriat & terdapat juga pembedahan atau rawatan yang masih memberi peluang pada wanita untuk hamil.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.