Sulit
2 tahun
Masaalah haid datang lambat
Saya 17 tahun,saya sudah tiga bulan tidak datang haid,dalam masa tiga bulan itu saya tidak mengalami apa apa sakit diperut saya,cuma saya rasa hairan kenapa saya tidak datang haid selama 3bulan, perlu ke saya berjumpe doktor?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah tidak datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- mengambil pil perancang kehamilan
- masalah PCOS
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi,maklumat dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan.Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.