
Sulit
4 tahun
Masaalah ketagihan ketum,k
sy nak mendapatkan nasihat dan ubatan untuk proses pemulihan ketagih ketum

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengambilan air ketum ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan rumah tangga. Maka, saya sarankan anda berhenti mengambilnya bukan hanya sehari namun selama-lamanya.
Bagi mengelakkan kesan sampingan untuk berhenti mengambilnya, rawatan terapi bersama doktor diperlukan kerana tiada alternatif ubat ubatan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.