
Sulit
5 tahun
Masaalah kurap di bahagian pinggul
Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Sejak mengandung anak kedua, saya mengalami masaalah kegatalan di bahagian punggung. Saya pakai ubat sapu econozine, kegatalan dan kurap dah hilang. masa mengandung anak ke 3 kurap tu muncuk lagi di bhgn yang sama. saya guna sapuan econozine lagi dan hilang. sekarang selepas anak saya 5 bulan, kebetulan saya menggunakan tandas awam duduk. kegatalan muncul semula dan kali ni sangat teruk. Perlukah saya berjumpa Doktor? saya segan sebab melibatkan bahagian tersebut. Boleh kah saya minta ubat kurap secara suntikan atau makan kerana kegatalan ni asyik berulang ulang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, memandangkan masalah kulit yang anda alami telah berlaku berulang kali dan semakin teruk, anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian tertentu mungkin diperlukan sebelum kesimpulan tentang rawatan yang sesuai sama ada ubat makan, sapuan atau suntikan boleh diberikan.
Pihak saya memahami kerunsingan puan untuk berjumpa doktor kerana malu, namun doktor akan menjaga privasi anda serta sentiasa menghormati anda. Masalah ini juga adalah masalah yang baisa berlaku. Jadi anda tidak perlu berasa malu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.