
Sulit
4 tahun
Masalah air mani suami berdarah ketika bersama isteri yang sedang hamil
Hai, saya berusia 28tahun dan sedang hamil anak pertama usia kandungan mencecah 6bulan. Ketika bersama suami didapati air maninya mengeluarkan darah, adakah ini merbahaya kepada kandungan saya? Bagaimana cara untuk saya bantu suami saya mengatasi masalah tersebut? Mohon penjelasan kerana saya dan suami risau akan kesan kepada kandungan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah air mani berdarah.
Untuk makluman anda, kondisi air mani beradarh atau juga dikenali sebagai hematospermia boleh disebabkan oleh banyak perkara. Biasanya kondisi ini berlaku setelah melakukan prosedur biopsi ke atas kelenjar prostat. Namun antara sebab lain berlaku hematospermia adalah:
- Jangkitan kuman pada sistem pundi kencing
- Keradangan kelenjar prostat
- Batu karang
- Saluran ejakulasi yang tersumbat
- Ketumbuhan pada kelenjar prostat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui kondisi sebenar suami anda, ujian air kencing dan pengimejan seperti ultrasound perlu dilakukan di klinik atau hospital. Air mani berdarah ini tidak memberi kesan kepada kandungan anda, namun sekiranya anda mengalami simptom sakit perut dan pendarahan sila berjumpa dengan doktor. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.