
Sulit
4 tahun
Masalah Akademik yang merisaukan diri sehingga tak dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu
Saya remaja berusia 16 tahun.Saya seorang pelajar yang agak cemerlang dalam peperiksaan dan kokurikulum.Segalanya bermula pada tahun ini apabila saya dimasukkan ke dalam aliran yang saya tak minat.Cikgu² masukkan saya dengan alasan saya paling bagus dalam PT3.Saya rasa helpless sangat sebab tak boleh tukar aliran.Sampai saya rasa matilah saya, mesti fail SPM tahun depan.Puncaknya bila peperiksaan pertengahan tahun,subjek yang paling saya takuti telah menggagalkan keseluruhan keputusan saya.Saya hanya dpat 23 markah untuk subj tu.To be honest,itu markah terendah saya prnah dpat dan i never expect that will happen.Sya tersangat kecewa sehinggakan tak dpt terima kenyataan lagi² dpat tahu saya nombor 3 dlam kelas.Dari ting.1 sampai peperiksaan awal tahun,saya tak pernah dpt nombor selain nombor 1.Parents saya sangat terkejut tapi mujur mereka tak marah.Saya sangat down skrg sehingga menjejaskan diri sendiri.Skrg saya mudah termenung,menangis,overthinking dan mudah marah.Saya jadi pendiam.Saya sangat takut memikirkan persekolahan tahun depan yg bakal saya tempuhi lagi² saya blum mahir subjek itu.Bukan mudah untuk saya terima yg saya sudah dikalahkan oleh pencabar terdekat saya dlm klas.Cikgu² juga tak faham dan mendesak saya stay dlm klas ni.
Saya sangat buntu memandangkan saya pelajar harapan untuk SPM tahun depan.Sya tahu ni mungkin agak terlambat.What should I do,doctor?Please give me a solution.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Perkara ini penting dan perlu dibincangkan bersama ibu bapa anda. Ibu bapa anda perlu memahami masalah yang anda hadapi sebagai sistem sokongan anda. Anda juga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah juga tentang hal ini. Guru kaunseling boleh memainkan peranan dalam memberikan sokongan dalam hal ini.
Untuk sementara waktu, saya nasihatkan anda untuk:
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.