
Sulit
5 tahun
Masalah anak saya kahak berdarah
Anak saya berusia 16 tahun … baru2 ni anak saya demam 2 hari selepas demam batuk dan selsema selepas to kahak berdarah sedangkan batuk anak saya tak delah teruk sangat … saya dah bawak berjumpe doktor … doktor kate paru2 semua ok… saya risau sebab minggu sekolah nak berakhir anak saya duduk asrama

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, darah boleh datang dari banyak tempat seperti dari gusi, luka pada tekak atau mulut dan sebagainya. Jika doktor telah melakukan pemeriksaan dan semuanya normal, anda tidak perlu risau. Jika gejala bertambah teruk atau terdapat gejala-gejala lain, maka berjumpa kembali dengan doktor. Puan jangan terlalu risau, maklumkan kepada warden dan minta warden atau mentor pantau keadaan anak puan. Kami juga ramai produk sekolah berasrama.
Maklumkan anak puan untuk segera beritahu warden atau cikgu jika kesihatan bertambah teruk atau tidak sihat supaya boleh dibawa berjumpa doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.