
Sulit
4 tahun
Masalah Anak Tidak Berak
Selamat pagi doktor, saya mempunyai seorang anak yang baru berusia sebulan 22 hari, disini anak saya sudah tidak berak dalam masa 2 hari,dia hanya menyusu ibu dan kadang2 susu formula. Adakah ia normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini adalah kebiasaan bagi bayi yang baru lahir terutama sekali yang kerap minum susu ibu. Kadang-kadang mereka boleh tidak berak untuk berminggu kerana ibu susu mengandungi segala nutrient yang mereka perlukan. Maka tiada pembaziran yang berlaku maka tiada penghasilan tahi.
Sekiranya anak anda masih aktif, membesar dengan baik tiada yang perlu anda risau.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.