
Sulit
4 tahun
Masalah angin, gastrik dan sembelit
Sy wanita berusia 27 tahun pernah menghidap gastrik. Sy juga pesakit mental dan makan ubat Seroquel, epilim, sertraline dan artane. Kesannya, saya juga selalu mengalami masalah sembelit.
Tapi bila perut berangin, rasa sakit terutama abdomen belakang bahagian kanan. Disebabkan sembelit dan perut berangin, saya selalu berasa tak selesa sebab agak kerap terbuang angin. Lepas tu nak solat pun payah, banyak kali wudhuk terbatal. Apa yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ni?
Kadang-kadang utk atasi masalah gastrik tu, saya selalu juga makan susu dengan nestum sebagai alas perut, sebelum makanan berat seperti makan tengahari atau makan malam.
Tolonglah saya dah tak tahan sangat dengan situasi ni. Besok saya ada kuliah jadi agak tak selesa kalau masalah ni masih berpanjangan.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, penyakit gastrik merupakan sesuatu penyakit yang mudah dirawat untuk mengurangkan gejala serta komplikasi ulser perut atau kanser.Terdapat langkah-langkah yang dapat diamalkan untuk mengawal penyakit ini. Rawatan boleh dibahagikan kepada rawatan bukan ubatan serta rawatan ubatan.
Rawatan bukan ubatan termasuklah:
- Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
- Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
- Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
- Kawalan stress yang baik
Rawatan ubatan pula terdiri daripada:
- Ubat antasid . Ubat ini bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut. Contohnya ubat seperti Magnesium Trisilicate serta Aluminium Hydroxide yang dikunyah selepas makan.
- Ubat “H2 blocker” . Ubat ini berfungsi untuk menyekat reseptor H2 pada perut supaya dapat mengurangkan penghasilan asid. Contohnya, ubat ranitidine.
- Ubat “proton pump inhibitor”. Ubat ini berfungsi untuk menghalang sel perut yang berfungsi untuk menghasilkan asid. Contohnya, ubat Pantoprazole dan Omeprazole.
- Ubat antibiotik. Ubat ini berfungsi untuk membasmi kuman H.pylori dalam perut sekiranya dikesan bahawa pesakit dijangkit kuman tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih